Pages

PERSIDANGAN BAWAH POKOK


Persidangan bagi menyelesaikan masalah semasa. Haaa inilah gambar Zulmokri terbaru, berjanggut lebat al ulamak mengalahkan zam. Dia nak ke KL, singgah kat Bukit Beruntung mai jumpak kami. Lepaslah minim kopi sejam dua sembang-sembang kisah kenangan x-sis84. Dah abis kontrak dengan askar buat bisnes koparat. OK geng kalau lalu kat bukit beruntung call je aku ngan ruta, kita minum duluuuuuuu.

ZIARAH SAHABAT



25 Julai 2009, sabtu, aku dan poi long ke rumah Nizam Singh kenduri tahlil sambil menziarahinya yang mulai sembuh dari kecederaan. Alhamdulillah, sudah pulih dan berehat sehingga 30 julai 2009. Yang datang hari tu selain kami berdua ada Mahdi al Batu, Lee sulah, Din Kemut, Al ustaz Rashidi al Ciput, Khairi Lonjong dan Ikram al Batolo. Lama gak santai kat puncak jalil tu.

Lepas tu, sebelum balik kami ziarah rumah Ikram al Batolo dekat je ngan rumah nizam. Sempat la solat asar dan maghrib berjemaah di rumahnya. Maaf gambar x clear. pakai camera hand set. Rumah korang bila pulak?



NIZAM SINGH MASUK HOSPITAL

Berita Sadis.

Khabar dari Lee Sulah, bahawasanya saudara kita Nizam Singh masuk Subang Jaya Medical Centre sejak Isnin baru ni - suspek ular mematuknya. Harap maklum. Maklumat lanjut call Lee 0192004488

INSPEKTOR SHAHAB LAGI DI B. HARIAN



Ini gambar Inspektor Shahab Mohd Nizam B. Hussain di muka depan Berita Harian 20 Jul 2009. Begitu segak berjalan seperti hero hindustan menyiasat kes kematian SU Politik Exco selangor di SPRM, Shah Alam. Itu perut sudah kasi tutup supaya nampak macho macam hero. Kalau tak tutup jatuh sahamnya. Kami x-sis84 bangga dengan mu inspektor singh.

CADANGAN AKTIVITI REUNION X-SIS84 2009



1. 2 OGOS 2009 SANTAPAN DIRAJA - RM 100 ( DEWAN BANKUET, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, IPOH )

2. 19 SEPT 2009 MAJLIS BERBUKA PUASA DI RAWANG, SELANGOR

3. HUJUNG TAHUN - FAMILY DAY

4. RAMAH MESRA KE RUMAH ANAK YATIM

5. LAWATAN KE LUAR NEGARA

ARAH TUJU X-SIS84 2


Satu persidangan diadakan pada 4 Julai 2009, jam 5.00 ptg hingga 9.00 mlm, untuk :

1. Memantapkan persahabatan sesama x-sis84
2. Menubuhkan jawatankuasa pengurusan
3. mengemaskini butiran peribadi sahabat
4. Mencadangkan beberapa program
5. Sumbangan yuran bulanan RM 10 (RM 120 setahun)

Kehadiran :
1. Yusri Bakir
2. Sham Hassan

3. Roslee Jelani
4. Ikmalruddin

5. Sham Haron
6. Shaiful Azhar ( aulong )

7. Md Ruzi Mat Zain
8. Adnan Amran

9. Zayyat Aqbal
10. Nasri Abidin ( anjang )

11. Rhani Syawal
12. Md Nizam Hussin


Sila lihat maklumat seterusnya disebelah