Pages

MAT ROCK





Apa bezanya????? komen sikit.

SOLAT JENAZAH

Selain daripada solat jemaah kat 'musolla' ada gak kekadang kami dibawa satu bas gi solat jenazah di sekitar kawasan terdekat. al Maklumlah budak solat agama mesti boleh punye. Bukannya pandai pun, cuma boleh la baca had rukun yang pendek, lagipun dalam syariat lagi ramai mengsolatkan jenazah lagi afdhal kalau boleh lebih dari 40 orang sampai diberi upah pun boleh. Maka bergeraklah satu bas pak cik Khir gi rumah jenazah.

Lepas tu bila dah habis masing - masing diberikan sampul berisi duit. Bukan main seronok lagi masa tu sampai bertukar niat dari nak buat ehsan kepada nak dapat duit. Walau bagaimanapun pengalaman tu yang penting yang membolehkan kita bersama mengsolatkan jenazah saudara sesama Islam kita yang meninggal dunia.

Hayya A'las Solah

Aku rasa hangpa nengok gambar je hangpa dah tau aku nak cerita apa. Bangunan ni antara memori yang tak dapat dilupakan. Dulu dipanggil 'musolla' ( tempat solat ) kerana masa tu masjid atau surau tak da. Jadi dewan nilah yang jadi masjidnya. Bukan pelajar SIS sahaja yang solat Jumaat kat sini malah pelajar teknik, raja chulan, cikgu maktab, budak star, budak politek dan penduduk persekitaran mai solat kat sini. Yang baca khutbah ustaz SIS jugak. Tapi yang dahsyatnya bila time dengar khutbah semua khusuk sampai leleh air liur basi termasuklah aku. Tapi bila time ustaz fahmi baca khutbah dia pulak tangkap leleh.

'Musolla' ni tiap - tiap waktu kena pi solat berjemaah. Tapi yang brutal tu ada jugak yang solat atas katil kat asrama. Yang syoknya bila time solat subuh. Ustad Mat atau ustad apa nama aku lupa mai round abis semua pakat lari. Tapi ustad mat ni lain sikit sebab dia mai round pakai poshe ada yang dah bau, maka banyaklah yang MBL ( mat lepas diri ). Biasalah tu yang MBL tu kawan aku gak antaranya ZAM KOPEK dan LEE SULAH. Tapi ada juga yang sempat menyorok. Ada yang menyorok belakang almari, dalam tandas, bawah katil dan lari dari bilik ke bilik lain. Lepas tu sampai kat ' musolla ' plak ada yang tak mandi, tak berwuduk, mai pakai sarung je dan yang dahsyatnya kawan aku tu solatnya cukup dengan tahiyat akhir je ( ada la ). Lepas tu jemaah sambung menyambung sampai ke belakang dek imam tepuk. Waktu tazkirah atai wirid masing - masing cari 'port" sambung tido . Kalau dilihat luar dewan atas papan penuh ngan orang tido. Yang peliknya bila habis wirid atau tazkirah laju je pergi dewan makan.

Ni pulak bila pergi belakang dewan atas pentas. Jengok celah atas pintu. Tak maulah aku cerita. SERAMMMM. Jahil betul kita waktu tu. Bayangkanlah kalau kita beramal dengan betul tentu kita semua jadi orang ternama kat TV. Tapi walau bagaimanapun aura agama masih ada sampai la ke hari ni.

MAKAN


Hari ni aku nak cerita pasal makan. Makan ni keperluan asasi manusia untuk hidup. Bukan manusia je yang nak makan, tapi semua makhluk Allah yang hidup di bumi pun memerlukan makanan. Tapi orang Malaysia ni pelik sikit. Makanan mewah di merata-rata tempat, bak kata tak ada orang Malaysia mati kerana tak makan. Tapi AWAS! Pastikan makanan yang dimakan itu BERSIH dan HALAL. Jangan main belasah je kedai mamak tu. Siasat dulu beb dan bro. Ingat, makanan yang tak halal boleh jadi darah daging kita nak menjadikan kita terarah ke arah sifat keburukan.

Rollback cerita makan kat sekolah Izzuddin dulu. Tengok hari la. Kena hari tak sodap tak makan la. Pernah satu hari nak makan behon goreng dah jadi dawai. Kena hari yang sodap maka berlari dan berebut la kawan - kawan aku gi dewan makan tu. Masa tu Mizi Cheetah la champion sebab tu panggil dia cheetah. Macam Zam takuro tu pakai short cut kat padang pun lambat gak. Siapa cepat dapat ayam besar. Yang lambat plak tulang je la. Kekadang tak dak langsung tah toyol mana rembat tah. Kelakau betoi kalau dilihat pegi makan berlari-lari. Tak dak etika langsung. Pernah satu ketika aku ketawa terbahak-bahak sampai nak terkencing apabila daging ayam yang direbut melompat ke atas bahu anjang. Tak leh lupa aku. Elok je macam burung hinggap di atas dahan. Kah kah kah.

Maggi tu usah kata la. Laris macam pisang goreng. Hitter masa tu laku sampai baju poi kuda terbakar dek perbuatan khusaini jowo. Masak plak dalam baldi dok paki pegi jamban, pinggannya plak cebok. Pasai makan had geli tu tolak tepi. Setiap hari minggu je keluar makan kat benteng sebab makan hari tu shohih tak sedap. Kantin pula malam laku penuh sekali. Mee rebus mak cik kantin fuyooo, sampai banyak yang makan free ( tak bayar la tu ). Masya Allah jahilnya kita waktu tu.

Di Malaysia ni banyak yang mati kerana makan dan banyak penyakit sebab makan. Betullah syariat Islam suruh kita puasa yang antaranya mendatangkan kesihatan badan dan minda. Pandai - pandaila control makan tu jangan jadi macam..........

CUTI SEKOLAH


Setiap kali tiba CUTI SEKOLAH ramai yang menarik nafas lega. Di kalangan pelajar ianya merupakan satu kerehatan dan ruang bagi melepaskan diri dari rutin pembelajaran yang adakalanya membosankan dan memberatkan. Bagi pelajar yang berada di asrama inilah masanya pulang ke kampung bertemu ibu bapa yang dikasihi serta sahabat lama. Bagi guru pula kesempatan cuti sekolah membolehkan merehatkan diri dari karenah anak murid yang pelbagai ragam, melepaskan tension, merehatkan minda, zoom Malaysia ( bercuti )dan berehat bersama keluarga. Bagi ibu bapa pula, anak yang besar boleh membantu di rumah, anak yang kecil dihantar ke kampung kononnya untuk bermesra dengan datuk nenek dan saudara mara (disebaliknya merdeka!!!).

Kali ni aku nak cerita masa aku di SIS dulu. Bila tiba cuti sekolah masa tulah semacam sedih je nak tinggalkan kawan - kawan yang semacam adik beradik je, tido sama, mandi sama, belajo sama, buat nakal sama, makan sama, ngepem sama dan macam - macam lagi. Ada yang naik bas, ada yang naik keretapi dan ada yang masih manja mak bapak dia mai ambik ( orang kaya la katakan ). Tapi aku yang miskin ni balik sendiri la ngan kawan - kawan naik bas atau keretapi. Ada yang balik utara, ada yang balik ke selatan, ada yang ke hulu dan ada yang ke barat. Medan Kit tu popular la bukan sahaja kami yang x-sis tapi juga semua pelajar yang berasrama di sekitar ipoh. Kat situlah ada yang main mata tapi tak dapat pun almaklumlah tak matang lagi. Kekadang aku balik ngan mat ruta, poi long, ikram, zamri adom, basit dan kekadang naik bas sis ke utara ngan semua geng utara ustad mat dan ustad saidin pun ada.

Sampai rumah je seronok ada boring pun ada. Yang seronok jumpa orang tua dan adik beradik. Anjang aku tak tau sebab dia tak dak adik beradik. Yang boring tu sebab kebrutalan di kampung terbatas almaklumla pelajar sekolah agama. Mata orang dok perati jee, nak buat salah sikit jadi umpatan dan memalukan mak bapak je. Baguih jugak yang akhirnya majoroti pelajar x-sis jadi orang berguna. Lepas tu tak sabar pulak nak balik asrama. Sampai ipoh je cari kawan - kawan. Ronda dulu. Ada yang window shoping. Ada yang sempat tengok wayang. Ada yang pergi jubli park dan ada yang pergi ke bentang makan dan dengar lagu mesin 20 sen.

sampai asrama je masing - masing cerita kisah di kampung. Riuh la satu dorm. Ada yang bawa ole - ole dari kampung. Anjang best sebab bawak mee goring. Mahdi pulak bawak ketam batu pakat kenduri la cara kawan - kawan aku tu. Ada yang kedekut pun ada. senyap - senyap makan dalam kelambu dan dalam tandas pun ada. kalau Mizi Piee tu sembur air liur dulu sapa pun tak lalu nak makan.

Camne pun nak cerita kat sini dok asrama ngan kawan - kawan lebih best dari dok kat rumah. Geng bila lagi kita nak syok macam ni..

WATAK GANAS BULI


Melihat kes buli dalam TV Buletin 3, teringat jugak aku akan buli di SIS dulu. Adakah ianya ‘buli’ atau ‘rangsangan’ atau ‘hukuman’ atau ‘syok – syok aje’. Nak kata aku kena buli, aku rasa tak da, tak tau la pula kawan aku yang lain tu. Ada gak rasa dibuli waktu dok asrama dulu. Tapi think positif je itu abg senior buat salam perkenalan je le. Tapi taklah teruk macam dalam TV tu.

Teringat juga aku akan Rod Hudson ( kaki sontot ) kat asrama dulu. Kalu lu tanya ajak katak, izam jamiri, chidu, poi kuda ngan aku teruk jugak kesannya, tapi masa tu tak dak kamera ( no bukti ). Nasib – nasib. Kadang – kadang bukan nak buli tapi nak kasi pengajaran. Biasanya kalau kita tak salah sape nak kacau kita. Biasanya yang salah tulah yang kena. Satu lagi yang aku nak kata kat blog ni bahawa budak sekarang ni semua manja – manja. Tak leh sentuh sikit pun. Peh tu zaman sekarang kena sikit semua nak saman. Rakyat Malaysia sekarang ni tak dak kekuatan langsung macamne nak mempertahankan Negara dari ancaman musuh. Oleh itu buat adik – adik pelajar sekolah sekarang pandai – pandailah beradab sopan dan beramah mesra sesame rakan dan abg – abg senior. Umpamanya, sesuatu yang baik itu letak kat mane pun nampak baik.

Tapi kalau kita tu baik kena buli gak tanpa sebab, bagi tau je pihak yang berkuasa sekurang – kurangnye kaki samseng taik kucing ni dapat hukuman yang sepatutnye. Antara buli tanpa sebab munasabah :

- minta duit ( paw )
- menindas yang lemah
- diterajang tanpa sebab

Siapa kaki buli geng kita? Siapa raja buli geng kita? hang pikiaq la sendiri…..