Pages

Apa khabar Chin Peng

'Tiada maaf bagimu Chin Peng'


BEBERAPA bekas komando menunjukkan kaki serta tangan mereka yang kudung ketika mempertahankan negara daripada ancaman keganasan Komunis di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Tiada ungkapan yang layak ditujukan kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar kecil) ke negara ini melainkan mereka juga mempunyai jiwa Komunis.

Apa tidaknya, cadangan tersebut bukan sahaja akan melukakan hati anggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera malah mereka juga pasti mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kenyataan-kenyataan itu.

Cuba bayangkan, jika Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, 85, mati dan jasadnya disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak, sudah pasti ia akan menjadi satu monumen yang akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengatakan ia adalah kubur seorang pejuang yang patut disanjung.

Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani hanya memerlukan kepada tiga perkataan sahaja iaitu 'tiada maaf bagimu.'

"Perbuatan Chin Peng telah menyebabkan negara kita terlambat untuk berdaya saing dan mencapai ke arah kemajuan pembangunan, ekonomi dan sosial," katanya ketika dihubungi di Mekah semalam. - Petikan Kosmo 24 Nov 2009.

DOAKAN ZAM SEMBUH

Laporan Terkini : Tajuk : Kesihatan Takuro, menurut sumber yang sah beliau telah keluar hospital pada Isnin lepas,tetapi keadaanya agak lemah dan letih.Ini bukanlah disebabkan oleh jantung tetapi kerana masalah paru-paru yang menyebabkan beliau sukar bernafas,beliau dikatakan berasa ngantuk tetapi apabila nak tido tak boleh nafas pulak.Oleh yang demikian beliau tidak dapat menjawab sebarang calling, tapi cubalah sms.Marilah sama-sama kita doakan rakan kita ini akan cepat sembuh,amin. Aku cadangkan marilah kita sama-sama melawat takuro masa cuti ini...kite tetapkan hari yang paling sesuai okey?


Petikan dari sembang maya blog x-sis84 by Yusri Bakir

OTAI - OTAI X-SIS84



Ni lah otai - otai X - SIS84 masa Tiingkatan 4. Satu muka pun tak dak yang senyum macam nak pukul orang je. Tambahan yang hujung sebelah kiri tu siap bukak dada lagi. Camne la dia tu boleh jadi Inspektor Shahab. Mizi Cheetah biasalah dengan gaya menggodanya. Ikram , Hadi Pek dan Izam masa tu memang kemetot tapi la ni dah tinggi dari Zam. Takat nak buli Zam tu anytime. Anjang masa tu slim handsome dengan kacamatanya, sekarang ni lu tengok la sendiri. Haa ada sorang budak STA ni aku lupa nama dia yang dok syok kat Chin Peng tu ( siap peluk lagi ). Yang lain-lain tu lu komen la sendiri.

Ianya diambil di salah satu pantai di Pulau Pinang. Kenangan bersama juga Cikgu Zul dan Pakcik Khair.