Pages

SALAM AIDIL ADHA 1431 HIJRAH

MERIALISASIKAN IBADAH KORBAN DALAM KEHIDUPAN





Setiap kali tibanya Aidil Adha, umat Islam seluruh negara merayakan dengan penuh kemeriahan. Apa yang dituntut pada hari ini ialah ibadah korban. Tapi berapa banyak manusia yang mengambil iktibar daripada ibadah korban. Adakah hanya menyaksikan sahaja atau hanya merupakan satu adat ketika Hari Raya Korban.

Berkorban merupakan satu sifat yang dituntut kita melakukan. Nabi Allah Ibrahim a.s. berkorban demi ketaatannya kepada Allah sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri yang akhirnya Allah gantikan dengan korban yang lebih baik. Rasulullah dan para sahabat bekorban harta dan nyawa demi menegakkan agama Islam sehingga nyata sekarang kita berada dalam nikmat Islam.

Apakah pengorbanan kita?

HARI KELUARGA X-SIS (84-90)


Tempat : FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS,
SG. KLAH,
SUNGKAI, PERAK

Tarikh : 4/12/2010


Masa : 10.00 pagi – 10.30 malam


Kemudahan di Felda Hot Springs
Surau
Food Court
Tempat mandi air bersih

Aturcara
10.00 pagi -6.00 petang
Mandi Mountain spring pool
Mandi Hot Spring pool
Rebus Telur kolam air panas (Pilihan)* Telur dibeli di hot springs
Kolam Refleksologi
Urut spa (Pilihan)*Bayaran mengikut pakej yang disediakan
Rendam kaki dalam kolam bersuhu 45 darjah Celcius ke atas

5.00petang -8.30malam
Aktiviti Bebas

8.30 malam - 10.30 malam
Dinner
Lucky draw
Persembahan istimewa

10.30 malam aktiviti bebas/bersurai

Fees.
RM 220 (Anggaran untuk family yang mempunyai empat anak)
Bayaran masuk
Dinner
Hadiah Lucky Draw
Sewa P.A System
Pengurusan

Perincian bayaran

Bayaran masuk
Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak bawah 12 tahun RM 8.00

Dinner
Dewasa RM 25.00

MAJLIS IFTAR 1431H

21 OGOS 2010
HOTEL SRI MALAYSIA, IPOH, PERAK

JAMUAN BERBUKA PUASA 2010



Plan lokasi


PERSIDANGAN 15 JUN





Antara yang hadir. Dengan izin gambar diambil dari FB Huzaimi

SAPE MAU DOUBLE TROUBLE



Tiket boleh didapati dengan harga RM70 di lokasi seperti Viva Sports - Kompleks Pertama, Triways Travel Network - KLCC, Istana Budaya, Sri Amera Holidays - Plaza Alam Sentral dan HTO De Futsal - Dataran Sunway ataupun layari www.1malaysiaticket.com atau www.ticket2u.biz

SIAPA PANTAS



Kenangan silam acara sukan SIS. Barisan pertama 'Lokman' ( adik angakat Zam ). Barisan kedua 'Bahrin' ( abang angkat Zam). Barisan ketiga ' Aku ' ( kawan Zam ) dan seterusnya. Agak - agak sape menang. Yang lain tu tukang perhati je pakai belajo camne nak lari. Tu belum lagi pi lari ke dewan makan. Kalau lari ke dewan makan aku maleh sikit. Nampak sangat kebulurrrrnya. Sahabat aku Zam dah tentu awal - awal lagi kalah. Mizi Cheetah laju sebab dia kalau bab makan ,soru tarak mis punye. Tu belum lg cerita 'cross padang'.

Aku nak cerita panjang tak dak idea. Ni sekadar penghias blog ni. Kalau nak cerita panjang, boleh tulis kat sebelah. Wa Cow

1 MALAYSIA



Menerusi lagu 'Orang Timur' dari SOFEA ( SYJ) dah lama diwar-warkan konsep 1 Malaysia. Kita je yang tak perasan. Tapi... ada kawan kita tu macam mane dia boleh jadi 'orang barat'?? Oleh itu, samada anda Melayu ka, India ka, Jawa ka, Banjar ka, Cina ka, Banggali ka, Jepun ka, putih ka, hitam ka, coklat ka, kita sememangnya orang timur yang kaya dengan budi bahasa. Tak mau gado2 la. Itu senda gurau kawan-kawan biasa la. Mari dengar betul2 itu lagu

AKU PENYAMAR



Aku lah penyamar ustaz mad dan cikgu shahidan. Lepas ni aku nak menyamar ustaz dollah dan cikgu zul plak. Ha ha ha.

Suka hati ko je nyamar-nyamar guna nama orang. Guna la nama sendiri. Sesekali kena tembak ngan chin peng ke, kena cako ngan mizi chetah ke, kena pancut ngan susu takuro ke, kena hamtam blakang ngan brother singh ke, kena kicap ca ya du ke, kena lawak ngan wak bakir ke, kena penangan ungka ke biasa la tu dalam blog ni. Tu nama meriah dan cerianya kekawan x-sis84 ni. Tu belum lagi kena dagu si lonjong anjang. Dengar khabonya si lonjong ni komputernya rosak. Beli barulah jang oiiii. Pakai pandai, repair tak pandai.

Ni lah rupanye penyamar tu diibaratkan si cicak kubing atau cameleon. Kalau nak nasihat orang pun pakai la nama sebeno. Penakut betol dia ni. Mana telo hang. Kesian sedara ana Pendekar Sumo Al Takuro, tak pasal2 kena tuduh. Agaknye ye kut. Tapi memanglah si penyamar ni mai dari Ipoh. Inspektor Shahab hang siasat sikit. Wak Bakir hang terjah sikit sape penyamar ni.

Agak-agak sape ye???????????

INSPEKTOR SHAHAB LAGI


Ni ke Inspektor Shahab yang dikatakan kodin tu. Tak clear sangat sebab gambar kecik. Tapi bila di zoom, gaya dan bentuk rupa ada persamaan. Haiyya Inspektor Shahab, tarak cukup tinggi ke? Walau bagaimanapun, x-sis84 bangga sama lu Inspektor Shahab Nizam Singh

ANGGOTA Polis Unit Forensik menjalankan siasatan kejadian baling bom petrol di sebuah gereja di Petaling Jaya. BHarian, Isnin 11 Jan 2010

PEWARIS PENDEKAR MASTUR



Gambar ni diambil selepas upacara 'mandi munyak' dan 'pijak bara api' Silat Seni Gayung Malaysia. Saper tak mandi minyak maka tidak teruji kegagahannya, Tengok sebelah kiri ' Pendekar Sendeng' hitam pekat betapa hitam likatnya minyak melekat ditubuhnya terserlah kegagahan dan kejantanannya. Sebelahnya 'Pendekar Lonjong' jangan diuji kekuatannya. Begitu juga dibelakangnya 'Pendekar Jerangkung' dan 'Pendekar Yob'.

Pijak bara api plak menguji minda dan kekebalan. Sape yang tak pijak dikira "pondan al auww". Satu demi satu pendekar-pendekar di atas memijak bara api tanpa merasa kesakitan yang menyatakan betapa kebalnya pendekar tesebut. Mula-mula Tok Guru dulu pijak, kemudian abang2 senior dari teknik, kemudian kakak senior teknik, kemudian 'Pendekar Takuro' sebab kaki dia besar. Lepas dah ramai pijak barulah aku 'Pendekar Mabuk' memijaknya sepantas kilat berulang kali. Fuh.. ternyata kebalnya aku dan kawan-kawanku.

Ramai lagi yang bergelar pendekar di situ seperti 'Pendekar Batu','Pendekar Mudin', Pendekar Karan', 'Pendekar Banjar' dan lain-lain lagi, LU GELAR LA SENDIRI.