Pages

KAU YANG TERISTIMEWA


Baru-baru ini aku jadi Hakim Majlis Tilawatul Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam. Apa yang bestnya bebudak ni senang bergaul dengan kita dibandingkan pelajar normal. Bila bergaul dengan mereka ni barulah kita tau memang istimewanya mereka ni. Mungkin apabila mereka ni dikumpulkan dengan kawan-kawan sejenis yang sama seperti masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan sebagainya, maka mereka diajar, dididik dan diajar akan kehidupan berdikari. Jika dibandingkan dengan orang normal kekadang difikirkan mereka ini lebih baik tetapi apa kan daya kerana kecacatan yang diperolehi, maka ianya disisihkan.

Aku tengok acara yang dipertandingkan, best gak tengok gelagat mereka ni seperti membuat khat, menulis jawi, azan dan nasyid. Yang pekak tu laju je tangannya berbahasa isyarat, yang bebal pulak banyak bercakap, kekadang tak tau kita apa yang dicakapkan, yang buta dibantu kawannya yang rabun. Yang buta dengan tilawah dan nyanyiannya, yang bebal dengan nyanyian, azan, cerita, tilawah, hafazan dan khatnya dan yang pekak dengan cerita dan tulisan jawinya. Menarik.

Kekawan, kalau dicadangkan kalau ada anak yang teristimewa hantarkan mereka di sekolah yang khas ini bagi menjamin masa depannya.

GATHERING DI DUSUN BAY, TG MALIM


Assalamualaikum whbt.

Dengan rasa rendah hati dan penuh takzim dijemput


SELURUH BEKAS PELAJAR EX SIS 84


Untuk menghadiri majlis Tautan Mesra seperti berikut

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)

Masa : 5.00 petang – 9.00 malam

Lokasi : Dusun Bay Ulu Bernam, Tanjong Malim.

Maklumat boleh hubungi Wak Yusri Bakir (012-5896116)


Tentafif program

5.00 petang : Berkumpul menikmati durian (Diuruskan oleh Mat Anjang)

6.30 petang : Perancangan aktiviti tahunan Ex84 SIS

8.00 malam : Makan malam

9.00 malam : Acara bebas

` Acara tertakluk kepada pindaan `Text Color

Nota : Tempat solat disediakan

Cadangan bayaran : RM 20.00

Maklumat mengenai Dusun Bay boleh layari :BLOG ANJANG

KEHADIRAN ANDA INSPIRASI SEMUA


MEMANDIKAN JENAZAH


Sape yang kena mandi ni? Tak reti ke mandi, sampai orang duk tulung mandi kat dia. Haa inilah demonstrasi memandikan jenazah. orang tu orang hidup pakai buat sampel je. Hangpa pernah memandikan mayat ke? Belajo - belajo le. Hari ni hari kau, esuk hari aku pulak.

Ni gambar aku ambik masa kursus perdana pengurusan jenazah di Kuala Kubu Bharu. Aku ni kursus pengurusan jenazah banyak kali dah. Khatam lagi, tapi tak pernah berkesempatan jadi tekong. Pengikut, makmum tu biasa la. Bukan ape, manalah tau terdesak dibuatnye, tak ke gelabah biawak kita. Ijam, hang biasa buat ka di sana? Aku kat Sarawak dulu duk tepi je bagi laluan pada yang ahli dalam bidang ni. Kekawan apa lagi, mana la tau besok-besok bapa kita pi mengadap Ilahi, kurang-kurangnya kita la yang buatnye. Sejuk roh arwah nanti atas adanye anak yang berbakti kepada orang tuanya. Zam takuro, Rhani Chit ngan Zayyat al Chin Peng ada berani ka?

TINGGINYA KLCC



Inilah bangunan kebanggaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia kagum dengannya, malah pelancong asing pun kagum dengannya. Ketinggian KLCC ni tidak mencerminnya tingginya imej dan budaya sestengah rakyat Malaysia. Kalau kita lihat di bawahnya rendahnya budaya kita apabila ada segolongan bebudak sekolah melepak dengan rambut punknya, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, merokok, bercouplean dan berpeleseran. Adakah ini yang dikatakan kemajuan?

"Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta."

-petikan dr http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Berkembar_Petronas


AYAH DAN IBU



Cuti - cuti sekolah ni ambillah kesempatan menjenguk orang tua di kampung tu selagi mereka masih hidup. Jadilah anak yang berbakti kepada orang tuanya sama ada mereka masih hidup mahupun setelah meninggal dunia. Ada juga saham mereka di dalam kubur dan untuk akhirat nanti. Begitulah kita harapkan kepada anak - anak kita satu masa nanti agar mereka juga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapanya.

Sesetengah di kalangan kita ada yang menghantar anak - anak ke kampung. Depa tu nak honeymoon lah tu dan secara tak langsung nyusahkan orang tua di kampung jaga dan tengok anak depa ni. Kalau baik tak pe gak. Ni had nakal tak reti bahasa. Anak sapelah tu. Sesetengahnye pula berpandangan baik bagi rasa anak suasana kampung, tolong tok dan nek. Kasi mesra ngan pak saudara, mak saudara, sepupu - sepupu agar esok tak segan dan bodoh sombong berlagak kaya, tak hormat orang tua dan tak kenal sedara mara. Apa pun semuanya bergantung pada niat masing - masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." ( S. Isra' 23 dan 24 )