Pages

SALAM 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN - IZAM JAMIRI



Bukan Izam Kadet yang kahwin, tapi adiknye la,
pada :


19 DIS 2009

di alamat
: 137 B,Kg Talang Changkat, Kuala Kangsar. Izam Jamiri 0195329035

Maksudnya : "Apabila salah seorang diantara kamu diundang untuk menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah dia datang menghadirinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga sebuah hadis yang antara lain menyebutkan:

Maksudnya : ".... dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya." (Hadis riwayat Bukhari)

ABANG POLIS



Siapa ada kenal abang - abang polis ni? Ni la antara abang - abang polis yang hemsem dan macho. Gaya ada, bakat ada, cuma ketokohan tu kureng sikit. Yang peliknya macamne siput boleh jadi Sarjan Mejor. Kalau uncle singh tu ok gak. Dalam ramai - ramai ni cuba teka sape yang kekal kepolisannya? Nampak je cam polis brutal, tapi akhirnya jadi gak dia Inspektor Shahab.

Abang - abang polis ni nama je polis, tapi senjatanya gak ada. Senjata had dalam tu ada la. Tapi had tu untuk waktu tertentu je. Tak kasi can punye. Tak leh tunjuk. HARAM. Kalau depe ni ada pistol, dah lama buru Si Chin Peng tu. Sebab tu Chin Peng dok bebas sampai sekarang

Gambar kenangan perkhemahan Kadet Polis Perak di Teluk Senangin, Segari, Perak

Apa khabar Chin Peng

'Tiada maaf bagimu Chin Peng'


BEBERAPA bekas komando menunjukkan kaki serta tangan mereka yang kudung ketika mempertahankan negara daripada ancaman keganasan Komunis di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Tiada ungkapan yang layak ditujukan kepada mana-mana pihak yang bercadang untuk membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar kecil) ke negara ini melainkan mereka juga mempunyai jiwa Komunis.

Apa tidaknya, cadangan tersebut bukan sahaja akan melukakan hati anggota-anggota keselamatan seperti polis dan tentera malah mereka juga pasti mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kenyataan-kenyataan itu.

Cuba bayangkan, jika Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, 85, mati dan jasadnya disemadikan di kampung halamannya di Setiawan, Perak, sudah pasti ia akan menjadi satu monumen yang akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan mengatakan ia adalah kubur seorang pejuang yang patut disanjung.

Mengulas mengenai isu tersebut, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani hanya memerlukan kepada tiga perkataan sahaja iaitu 'tiada maaf bagimu.'

"Perbuatan Chin Peng telah menyebabkan negara kita terlambat untuk berdaya saing dan mencapai ke arah kemajuan pembangunan, ekonomi dan sosial," katanya ketika dihubungi di Mekah semalam. - Petikan Kosmo 24 Nov 2009.

DOAKAN ZAM SEMBUH

Laporan Terkini : Tajuk : Kesihatan Takuro, menurut sumber yang sah beliau telah keluar hospital pada Isnin lepas,tetapi keadaanya agak lemah dan letih.Ini bukanlah disebabkan oleh jantung tetapi kerana masalah paru-paru yang menyebabkan beliau sukar bernafas,beliau dikatakan berasa ngantuk tetapi apabila nak tido tak boleh nafas pulak.Oleh yang demikian beliau tidak dapat menjawab sebarang calling, tapi cubalah sms.Marilah sama-sama kita doakan rakan kita ini akan cepat sembuh,amin. Aku cadangkan marilah kita sama-sama melawat takuro masa cuti ini...kite tetapkan hari yang paling sesuai okey?


Petikan dari sembang maya blog x-sis84 by Yusri Bakir

OTAI - OTAI X-SIS84



Ni lah otai - otai X - SIS84 masa Tiingkatan 4. Satu muka pun tak dak yang senyum macam nak pukul orang je. Tambahan yang hujung sebelah kiri tu siap bukak dada lagi. Camne la dia tu boleh jadi Inspektor Shahab. Mizi Cheetah biasalah dengan gaya menggodanya. Ikram , Hadi Pek dan Izam masa tu memang kemetot tapi la ni dah tinggi dari Zam. Takat nak buli Zam tu anytime. Anjang masa tu slim handsome dengan kacamatanya, sekarang ni lu tengok la sendiri. Haa ada sorang budak STA ni aku lupa nama dia yang dok syok kat Chin Peng tu ( siap peluk lagi ). Yang lain-lain tu lu komen la sendiri.

Ianya diambil di salah satu pantai di Pulau Pinang. Kenangan bersama juga Cikgu Zul dan Pakcik Khair.

MAI SEMUA KITA CUBA NASIB




AKU PROMOSI JE. MANALAH TAU ADA YANG KENA. LINK KE ANJANG BLOG

RINGGO X-SIS84


Cuba hangpa perati sape diri sebelah aku. Kenal tak? Ada yang kenal, ada yang tak kenal. Siapa mamat tu? Haaa itulah RINGGo gelaran dari x-sis84 dulu, Nama sebenarnya Rizal Bin Rauf. Antara batch kita yang otai dan kurang ajor ( sorry beb ). Ada lagi yang sifat yang sewaktu dengannya, nanti aku naikkan dekat poll yang akan datang.Siapakah yang akan menjadi calonnya, sama-samalah kita tunggu beb.

Kenapa orang panggil "ringgo"? Ha ni dia critenya.. Tengok gambar nih. Pasal masa tu rambut dia sebijik macam Ringgo Fotograf. Sama tak? Aku jumpa dia masa berkumpul di Wisma Belia KL. Aku ingat dia nak hantar kawan dia. Masa tu rambutnya panjang beb ( sebijik macam sebelah ). Jamal al Jalud perasan gak dia tanya aku. Tapi memang aku cam sangat mamat ni 'ringgo'. Bila nak naik flight posting ke Sarawak, rupanya ada mamat ni. Ustad rupanya dan satu bahagian dengan aku di Sarawak. Tapi malang baginya sebab dia betut - betut ulu banat berbanding aku. Tak caya tanya dia. Itu gambar kami berkumpul di bandar Sarikei. Moto tu aku lah yang punye. Dia numpang je sebab kat ulu banat mana boleh pakai motor, motor bot bolehlah. Aku ingat kita je yang panggil dia ringgo, rupanya sampai aku jumpa dia kat Sarawak pun gelaran tu dok ada.

Masa tu mana ada h/ set murah. Alih - alih lepas transfer ke semenanjung balik. Masing - masing bawa diri hilang entah ke mana. Ringgo kalau hang akses sini mailah join kita orang.


SIAPAKAH PENGGANTI ASRI RABBANI



Siapa tak kenal Asri Rabbani? Beliau dan rakan-rakannya telah memperjuang lagu-lagu nasyid seterusnya berdakwah melalui lagu. Pemergiannya dalam usia yang masih muda kekadang tidak dapat diterima oleh kita. Begitulah lumrah dunia yang baik-baik awal pergi meninggalkan kita. Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah.

Teringat aku satu ketika, tahun kedua aku mengajar di Bukit Beruntung - macam ku kenal orang itu, tapi di mana ya? Rupanya memang Asri Rabbani menghantar anaknya ke sekolahku. 2 orang anaknya yang pertama dan kedua pernah ku ajar dan aku juga pernah dihadiahkan oleh anaknya yang pertama sehelai kain pelikat sempena Hari Guru. Aku meminati ayahnya, tetapi sebaliknya anaknya meminatiku.( Perasaan agaknya ). Siapakah pengganti Asri yang akan memimpin Rabbani dan ke manakah Rabbani tanpa Asri. Adakah kawan-kawanku di bawah ini boleh menggantikannya? Adakah silonjong.. atau singh... atau sulah ... atau cayadu. Undi anda diperlukan sila sms ke 0125896116


Suasana Hari Raya 09



Pertemuan 3 sahabat seisi keluarga di rumah Poilong di Sg Buaya, Rawang. Mengukuhkan persahabatan, merapatkan kekeluargaan dan mengenalkan yang baru. Bersama-sama menjamu selera, mengungkap kenangan lalu dan merancang masa depan yang cemerlang. Allo gang bila lagi sesekala nak buat hari keluarga ?



BLOG SAHABAT



Kunjungilah BLOG ZAYYAT

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN


Ramadhan akan berlalu dan Syawal akan tiba. Ibadah puasa wajib akan sampai ke penghujungnya dan Hari Raya Aidil Fitri akan tiba. Semua umat Islam akan bergembira menyambut Hari Raya dan ada yang berduka Ramadhan bulan rahmat dan bulan ibadah berlalu jua. Dimanakah kita? Adakah peluang Ramadhan diambil sepenuhnya atau dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Teringat bulan Ramadhan di SIS satu ketika dahulu. Puasa bersama solat tarawikh bersama dan sahur bersama semacam ingin kembali ke zaman itu akan betapa seronoknya bersama sahabat melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan. Ketika tarawikh apabila solawat dibaca oleh bilal masing=masing para jemaah menyahut solawatnya solallah wasalam alaih dan ada yang tak pandai menyebutnya hanya kedengaran pak salleh dibelakangnya. Waktu tiba je ustad Dollah jadi imam tarawikh, maka kelam kabut dibuatnye para jemaah sebab dipakai enjin 'rempit', maka tonggang tebaliklah para jemaah dengan gelak ketawa sesama sendiri. Ada pulak yang surender tak ikut besama dan ada yang solat sambil duduk dan ada juga yang tido di celah-celah pintu dewan.

Bila time sahur pulak ada yang qiamulail. Yang beribadah tu baguih la, tapi ada yang tak beribadah pi kacau adik junior ( lu bayang la sendiri ). Bila tiba je time nak makan sahur pi kejut kak dewan makan plak tu. Satu ayat yang biasa apabila tiba digrill dewan makan " kak bukak kak tak tahan ni". Tak senonoh betul ayat tu, tapi masa tu kebudak-budakan sikit pun tak ambik peluang penderaan sex ke atas wanita. Aku pulak dan bebarapa rakan lain kekadang keluar ke Taman Cempaka ( lompat pagar ) kononnya waktu selepas 12 malam nak study, tapi hampas buang masa je.

Lepas tarawikh je berebut le ke dewan makan more. Tapi yang aku tak lupe, aku, ikram, ajak tak sape lagi aku lupe pi more awal, kemudian jumpa cikgu dasuki, PANG kena full power tu, tahan gak muka aku sambil gelak ketawa melawak bersama sahabat-sahabat. Tu je yang aku ingat. Macamane pun bulan puasa semacam ada satu aura lain dari bulan-bulan yang lain. Semoga aku dan sahabat sekalian ditenukan lagi di bulan Ramadhan yang datang. AMIN


PEPERIKSAAN UPSR



Sekarang ni murid tahun 6 sedang menjalani peperiksaan UPSR. Result UPSR pada masa ni tak dak nilai terutama yang tinggal di bandar. Dapat 5A pun tak ke mana berbanding kita dulu Penilaian Darjah 5. Kepada sahabat yang mempunyai anak yang menduduki UPSR adakah gen anda baguih. SELAMAT BERJAYA

PENAWAR SELSEMA BABI H1N1


Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1. Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar. Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua orang minum - rasa payau. Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 Di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum India ..... Ini mungkin kerana kaum India mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka. Semoga boleh kita amalkan (Nanti harga bunga lawang melambung)


Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.


Shahrom

PPSains Fizik - Ehsan Zamzuri Zakaria


Dr Anadufiza. Kita kena serius cegah bukan rawat. Antibodi badan mesti kuat. Mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan bawang putih, kurm, madu dan daun selasih serta makanan dan minuman yang beralkali sebanyak mungkin adalah antiobodi terbaik untuk mencegah penularan wabak ini. - Ehsan Norwati

HARI KEMERDEKAAN



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52

BERSAMA MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA

FADHILAT PUASA RAMADHAN

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan). (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)'

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana- Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisI Allah daripada bau Musk.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

AKU DILANGGAR



18 Ogos 2009, 12.30 tgh. Aku ambik anak aku sekolah pra. Hari tu aku MC ,tak gi sekolah. Baru masuk kereta je. GEDEGANG. Aku pun keluar. Masya Allah rongak belakang keretaku. Kurang ajar punya budak. Aku parking cukup cantik tu pun boleh dilanggar. Nasib baik hari tu aku tak sihat, sabar jeee. Aku rasa kalau orang lain sebijik kena budak tu. Aku dan anak aku yang duduk depan selamat. Alhamdulillah, syukur tanpa kecederaan. Lepas tu buat report polis la. Itulah sikap sesetengah masyarakat yang tak beriman.


Sohabana Jidan


Assoc. Prof. Dr. Mohd Azidan Abdul Jabar
Head Department of Foreign Languages
Faculty of Modern Languages and Communication
Universiti Putra
Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor.
Tel: 603-89468666
E-mail:azid@fbmk.upm.edu.my


Website: http://www.fbmk.upm.edu.my/~azid/


MAJLIS SANTAPAN DI RAJA 2

Gambar ehsan - Lali Tamin







Majlis Santapan di Raja

Diadakan pada malam 2 Ogos 2009. Antara yang hadir.

Gambar ehsan - anjang









PERSIDANGAN BAWAH POKOK


Persidangan bagi menyelesaikan masalah semasa. Haaa inilah gambar Zulmokri terbaru, berjanggut lebat al ulamak mengalahkan zam. Dia nak ke KL, singgah kat Bukit Beruntung mai jumpak kami. Lepaslah minim kopi sejam dua sembang-sembang kisah kenangan x-sis84. Dah abis kontrak dengan askar buat bisnes koparat. OK geng kalau lalu kat bukit beruntung call je aku ngan ruta, kita minum duluuuuuuu.

ZIARAH SAHABAT



25 Julai 2009, sabtu, aku dan poi long ke rumah Nizam Singh kenduri tahlil sambil menziarahinya yang mulai sembuh dari kecederaan. Alhamdulillah, sudah pulih dan berehat sehingga 30 julai 2009. Yang datang hari tu selain kami berdua ada Mahdi al Batu, Lee sulah, Din Kemut, Al ustaz Rashidi al Ciput, Khairi Lonjong dan Ikram al Batolo. Lama gak santai kat puncak jalil tu.

Lepas tu, sebelum balik kami ziarah rumah Ikram al Batolo dekat je ngan rumah nizam. Sempat la solat asar dan maghrib berjemaah di rumahnya. Maaf gambar x clear. pakai camera hand set. Rumah korang bila pulak?



NIZAM SINGH MASUK HOSPITAL

Berita Sadis.

Khabar dari Lee Sulah, bahawasanya saudara kita Nizam Singh masuk Subang Jaya Medical Centre sejak Isnin baru ni - suspek ular mematuknya. Harap maklum. Maklumat lanjut call Lee 0192004488

INSPEKTOR SHAHAB LAGI DI B. HARIAN



Ini gambar Inspektor Shahab Mohd Nizam B. Hussain di muka depan Berita Harian 20 Jul 2009. Begitu segak berjalan seperti hero hindustan menyiasat kes kematian SU Politik Exco selangor di SPRM, Shah Alam. Itu perut sudah kasi tutup supaya nampak macho macam hero. Kalau tak tutup jatuh sahamnya. Kami x-sis84 bangga dengan mu inspektor singh.

CADANGAN AKTIVITI REUNION X-SIS84 2009



1. 2 OGOS 2009 SANTAPAN DIRAJA - RM 100 ( DEWAN BANKUET, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN, IPOH )

2. 19 SEPT 2009 MAJLIS BERBUKA PUASA DI RAWANG, SELANGOR

3. HUJUNG TAHUN - FAMILY DAY

4. RAMAH MESRA KE RUMAH ANAK YATIM

5. LAWATAN KE LUAR NEGARA

ARAH TUJU X-SIS84 2


Satu persidangan diadakan pada 4 Julai 2009, jam 5.00 ptg hingga 9.00 mlm, untuk :

1. Memantapkan persahabatan sesama x-sis84
2. Menubuhkan jawatankuasa pengurusan
3. mengemaskini butiran peribadi sahabat
4. Mencadangkan beberapa program
5. Sumbangan yuran bulanan RM 10 (RM 120 setahun)

Kehadiran :
1. Yusri Bakir
2. Sham Hassan

3. Roslee Jelani
4. Ikmalruddin

5. Sham Haron
6. Shaiful Azhar ( aulong )

7. Md Ruzi Mat Zain
8. Adnan Amran

9. Zayyat Aqbal
10. Nasri Abidin ( anjang )

11. Rhani Syawal
12. Md Nizam Hussin


Sila lihat maklumat seterusnya disebelah

KAU YANG TERISTIMEWA


Baru-baru ini aku jadi Hakim Majlis Tilawatul Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam. Apa yang bestnya bebudak ni senang bergaul dengan kita dibandingkan pelajar normal. Bila bergaul dengan mereka ni barulah kita tau memang istimewanya mereka ni. Mungkin apabila mereka ni dikumpulkan dengan kawan-kawan sejenis yang sama seperti masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan sebagainya, maka mereka diajar, dididik dan diajar akan kehidupan berdikari. Jika dibandingkan dengan orang normal kekadang difikirkan mereka ini lebih baik tetapi apa kan daya kerana kecacatan yang diperolehi, maka ianya disisihkan.

Aku tengok acara yang dipertandingkan, best gak tengok gelagat mereka ni seperti membuat khat, menulis jawi, azan dan nasyid. Yang pekak tu laju je tangannya berbahasa isyarat, yang bebal pulak banyak bercakap, kekadang tak tau kita apa yang dicakapkan, yang buta dibantu kawannya yang rabun. Yang buta dengan tilawah dan nyanyiannya, yang bebal dengan nyanyian, azan, cerita, tilawah, hafazan dan khatnya dan yang pekak dengan cerita dan tulisan jawinya. Menarik.

Kekawan, kalau dicadangkan kalau ada anak yang teristimewa hantarkan mereka di sekolah yang khas ini bagi menjamin masa depannya.

GATHERING DI DUSUN BAY, TG MALIM


Assalamualaikum whbt.

Dengan rasa rendah hati dan penuh takzim dijemput


SELURUH BEKAS PELAJAR EX SIS 84


Untuk menghadiri majlis Tautan Mesra seperti berikut

Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu)

Masa : 5.00 petang – 9.00 malam

Lokasi : Dusun Bay Ulu Bernam, Tanjong Malim.

Maklumat boleh hubungi Wak Yusri Bakir (012-5896116)


Tentafif program

5.00 petang : Berkumpul menikmati durian (Diuruskan oleh Mat Anjang)

6.30 petang : Perancangan aktiviti tahunan Ex84 SIS

8.00 malam : Makan malam

9.00 malam : Acara bebas

` Acara tertakluk kepada pindaan `Text Color

Nota : Tempat solat disediakan

Cadangan bayaran : RM 20.00

Maklumat mengenai Dusun Bay boleh layari :BLOG ANJANG

KEHADIRAN ANDA INSPIRASI SEMUA


MEMANDIKAN JENAZAH


Sape yang kena mandi ni? Tak reti ke mandi, sampai orang duk tulung mandi kat dia. Haa inilah demonstrasi memandikan jenazah. orang tu orang hidup pakai buat sampel je. Hangpa pernah memandikan mayat ke? Belajo - belajo le. Hari ni hari kau, esuk hari aku pulak.

Ni gambar aku ambik masa kursus perdana pengurusan jenazah di Kuala Kubu Bharu. Aku ni kursus pengurusan jenazah banyak kali dah. Khatam lagi, tapi tak pernah berkesempatan jadi tekong. Pengikut, makmum tu biasa la. Bukan ape, manalah tau terdesak dibuatnye, tak ke gelabah biawak kita. Ijam, hang biasa buat ka di sana? Aku kat Sarawak dulu duk tepi je bagi laluan pada yang ahli dalam bidang ni. Kekawan apa lagi, mana la tau besok-besok bapa kita pi mengadap Ilahi, kurang-kurangnya kita la yang buatnye. Sejuk roh arwah nanti atas adanye anak yang berbakti kepada orang tuanya. Zam takuro, Rhani Chit ngan Zayyat al Chin Peng ada berani ka?

TINGGINYA KLCC



Inilah bangunan kebanggaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia kagum dengannya, malah pelancong asing pun kagum dengannya. Ketinggian KLCC ni tidak mencerminnya tingginya imej dan budaya sestengah rakyat Malaysia. Kalau kita lihat di bawahnya rendahnya budaya kita apabila ada segolongan bebudak sekolah melepak dengan rambut punknya, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, merokok, bercouplean dan berpeleseran. Adakah ini yang dikatakan kemajuan?

"Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta."

-petikan dr http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Berkembar_Petronas


AYAH DAN IBU



Cuti - cuti sekolah ni ambillah kesempatan menjenguk orang tua di kampung tu selagi mereka masih hidup. Jadilah anak yang berbakti kepada orang tuanya sama ada mereka masih hidup mahupun setelah meninggal dunia. Ada juga saham mereka di dalam kubur dan untuk akhirat nanti. Begitulah kita harapkan kepada anak - anak kita satu masa nanti agar mereka juga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapanya.

Sesetengah di kalangan kita ada yang menghantar anak - anak ke kampung. Depa tu nak honeymoon lah tu dan secara tak langsung nyusahkan orang tua di kampung jaga dan tengok anak depa ni. Kalau baik tak pe gak. Ni had nakal tak reti bahasa. Anak sapelah tu. Sesetengahnye pula berpandangan baik bagi rasa anak suasana kampung, tolong tok dan nek. Kasi mesra ngan pak saudara, mak saudara, sepupu - sepupu agar esok tak segan dan bodoh sombong berlagak kaya, tak hormat orang tua dan tak kenal sedara mara. Apa pun semuanya bergantung pada niat masing - masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." ( S. Isra' 23 dan 24 )

ARAH TUJU X-SIS84


Cadangan Anjang

1. Xsis 84 kena bersidang cepat

2. kita bentuk satu jawatankuasa

3. kita tetap letakkan ....... sebagai ketua. walaupun kerja kita buat

4. kita susun aktiviti berkala. Salah satunya kita kumpul duit tiap-tiap bulan. akhir tahun kita buat konvoi amal ke rumah anak yatiim sambil bagi sumbangan yang kita dah kumpulkan.

5. dalam perjumpaan jangan cerita bab politik, bisness, dan direct selling atau ada agenda terselindung. kita sama taraf tak kira la kaya macam mana. letak tepi

6. Setiap perbelanjaan makan, sewa hotel kita share sama bahagian kecuali ada orang nak sponsor.sama rata sama rasa

Cadangan Izam Kadet

1. Betulkan niat kita ikhlas krn Allah spy setiap gerak kerja kita dikira ibadah

2. Binalah ukhwah atas dsr iman dan taqwa, bukan atas dsr lain yg natijahnya nanti tidak akan kekal lama

3. Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan msg2, Islam itu terbina atas bangunan yg saling membantu antara 1 sama lain

4. Amar makruf nahi mungkar adalah kelebihan org Islam yg dianggap ummat terbaik. Oleh itu saling tegur menegurlah antara 1 sama lain.

Kesimpulan : Aku yg dr jauh ni menyokong penuh usaha tuan2, jgn lah dibuang kwn kita