Pages

BOLA CEKAM


Apa bendanya ni? Haaa itulah perumpaan permainan BOLA CEKAM. Ingat tak lagi bagaimana beberapa stokin di gumpal-gumpalkan menjadi bola. Lagi banyak digumpal lagi cantik la bola tu. Itulah permainan dalaman x-sis84 satu ketika dahulu yang pelajarnya begitu kreatif sehingga dapat menghasilkan satu pertandingan BOLA CEKAM. Ianya macam adik beradik bola tampar la juga. Jaringnya dawai kelambu. Tapi mainnya bukan enam orang, bukan tiga orang tapi sorang pun cukup. Samalah macam bola tampar, ada serve, ada apung dan smash.

Aku pun tak ingat la sape yang reka permainan ni. Tapi yang main ni semuanya handal-handal belaka. Mungkin waktu tu tak da court bola tampar kut jadi stokin cekam la jadi mangsanya. Tapi yang pendek-pendek tu tak leh main la sebab tak sampai macam kemut, rizal upai, zamri adom. Zam pun tak main. Kenapa zam? Aku tak ingat sape yang handai. Tapi itulah antara memori x-sis84 yang tak dapat dilupakan. Bila lagi kita nak main BOLA CEKAM.....

SELANGOR JUARA, KELANTAN GIGIT JARI



Malam tadi aku tengok bola akhir Piala FA dengan Poilong dan Mat Ruuta kat pekan Bukit Sentosa. Ramai gak orang mat kelante ada, brother Selangor ada. Tahniah kepada pasukan Selangor kerana menyandang juara. Tapi itu penalti punye shutter nasibla. Tapi yang malang tu mat kelante ni dahlah datang dari jauh kalah pulak tu. Tak pe tahun depen cuba lagi. Tapi syabas pada kedua - dua pasukan yang aku tengok sama handalnye.

Aku ni duk je kat Selangor tapi kalau bola tu aku anti Selangor. Semalam aku memang sokong kalante. Alih - alih kalah. Sabo je le. Yang tak sodapnye kedua pasukan ni ada bekas pemain Perak. Kalau deme main ngan Perak pasti Perak strong. Tapi ape nak buatnye money matter punye pasal go on la deme. Ok lah kita tengok perkembangan Piala Malaysia dan Piala Liga Primier pula.

HADIAH AL - FATIHAH



ALLARYARHAM ABDUL HAMID B. OSMAN


ALLAHYARHAM WAN HELMI SURAN B. WAN ABDULLAH


SEMOGA ROHNYA DIRAHMATI ALLAH SWT

KAWAN YANG HILANG DI MATA



KHAIRUL AZHAR YAHYA DAN MOHSIN



HARIS



ZAMRI HAMZAH



LALI TAMIN



2 OMAR



MOHD SHARIFF OMAR



HAMID MUHAMMAD DAN NAJELAN



KHAIRUL ANUAR SENDENG



MOHD ASRI



SYED



ZALZAIZULHAFIZ


SESIAPE YANG MENJUMPAI ....HUBUNGI X-SIS84


APA ADA PADA GELARAN


Ni nak cerita kisah benar. Di SIS dulu keakraban kawan-kawan memang rapat. dengan sebab keakraban ni ada yang ok dan ada yang gaduh. Tapi orang lelaki ni gaduh tak lama. Lepas tu baik balik. Al herannya semua kekawan kita di SIS tu ada gelaran masing-masing. Tak leh nak panggil yang baik sikit. Tu yang jadi gaduh tu. Aku rasa Azmi Ahmad pun ada gelaran. Tapi aku dah lupa. gelaran ni selain dari gurauan ianya juga menyakitkan. Nak gelar tu boleh. Tapi tengok keadaan la. Jangan sebarang je dan tak kena tempat. Ada kawan aku tu pakar beri gelaran kat orang, tapi bila orang bagi gelaran kat dia, dia marah. Musykil... musykil.

Had yang pertama tu Asri Kotiuw, aku pun tak tau sapa bagi. Had nombor dua tu Syed Al Tempang ( memenag tempang pun ), Ketiga tu, Poilong sebab dia duk Aulong, Taiping. Yang keempat tu aku yang baik. Yang kelima Nizam Singh Banggali Dut Inspektor Shahab. Kelima Mokri MBL. Yang keenam Rozi Mat Ruuta ( apahal ruuta ) atau Beehon. Dan yang duduk nak terberak tu sape lagi Rhani Chada Ya Chidu... Cit.

Minta maaflah. Bukan nak promote abang-abang yang hemsem ni. Cuma nak refresh memori je. Salaaam.

PEPERIKSAAN


Aku baru je habis menghadapi peperiksaan mid term. Teruk sekali stressnya. Bayangkanlah 7 subjek dalam masa 3 hari. Tension... Tu lah masa sekolah dulu tak nak belajo betul-betul. Bila dah tua menyusahkan diri sendiri. Bukan aku tak pandai, tapi motivasi dan latar belakang keluarga mempengaruhi diri aku. Kemudian aku dihanyutkan dengan faktor persekitaran yang tak merangsangkan diri. Tapi kekuatan diri dan sifat berdikari yang ada menjadi kekuatan hidup aku.

Bercakap mengenai peperiksaan ini banyak cerita di Izzuddin dulu. Minta maaflah kawan-kawan kalau terasa. Ini mungkin strategi atau taktik, tapi dari segi psikologi dan sahsiahnya ia merupakan perbuatan yang tidak beretika. Apa tu.... Ia adalah TIRU. Agaknya sampai sekarang pun taktik ni diguna pakai untuk meluluskan diri dalam peperiksaan di U, Maktab dan PTK. Kekadang ianya telah dibudayakan dan tak sah kalau tak tiru.

Aku ni lurus sikit. Tak pandai nak tiru. Bukan takut, tapi tak tergamak melakukannya. Bagi aku apa yang aku tahu aku buat. Itulah kemampuan yang ada pada diriku. Betulkah aku ni? Kekadang aku tengok ada orang pegang prinsip menghalalkan cara demi kepentingan dan keperluan diri. Itulah yang dilakukan oleh sesetengah ahli politik dan pengampu. Sebab tu ada yang mengatakan politik ni kotor. Betulkah aku?

Adakah anda seorang peniru yang profesional? Agaknya siapa di kalangan kita yang kuat tiru masa di Izzuddin dulu?

YANG MANA SATU








Buat sape nak beli kereta baru. Depan sekali tu Exora tak tau lagi qualitynya. Yang second tu livina keras dan lowert poi long dan jawa mingin dok pakai. Speeding power. Tapi yang tak bestnya aircond penumpang kat bawah masuk bawah kain dan celah seluar. Orang belakang panassss. Dan yang ketiga tu avanza aku pakai. Ia lembut, tinggi dan aircond penumpang power kat atas. Harga ketiga - tiganya lebih kurang je. Yang mane satu hang nak ... pilih sendiri

BARISAN KABINET BARU

Inilah antara barisan kabinet baru setelah mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agung Sultan Mizan yang diketuai oleh Datuk Najib sebagai PM dan datuk Mahyuddin Yasin sebagai TPM. Keguguran beberapa exco kementerian dan pencalonan baru beberapa Menteri. Pertukaran beberapa menteri kementerian dan penambahan beberapa portfolio kementerian. Apakah kekuatan yang ada pada mereka? Apakah agenda ' KE ARAH SATU MALAYSIA ' yang diwar - warkan? Ke manakah kita akan di arahkan?

2 BUKIT 1 BATANG


Jangan disalah tafsirkan tajuk di atas.

Siapakah yang akan memenangi pilihanraya nanti di 2 bukit dan 1 batang. Sama-samalah kita tunggu dah lihat ESOK

PERDANA MENTERI KE-6



Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rasminya dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-6 pada 3 April 2009. seorang anak bekas Perdana Menteri yang telah berjasa kepada rakyat iaitu Tun Abdul Razak satu ketika dulu. Perubahan pertama ia dibuat ialah menarik balik larangan penjualan dua surat khabar pembangkang iaitu Suara Keadilan dan Harakah. Kemudian membebaskan beberapa orang tahanan ISA. Apakah ianya untuk menarik hati rakyat untuk meraikan akan perlantikannya seterusnya memperakui ketuanannya? Apakah perubahan yang seterusnya?