Pages

SELAMAT HARI GURU



Aku masih ingat lagi ketika aku kursus induksi SSB di Kuching, Sarawak. setiap kumpulan dikehendaki melukis logo kumpulan masing-masing. Semua ahlinya kena menerangkan apakah maksud logo yang direka ciptakan. salah satu kumpulan melukis antaranya sebuah lilin yang menyala. Kemudian mereka menerangkan bahawa sebagai seorang guru jasanya seperti lilin yang menerangi kegelapan, memberi cahaya dan menerangkan yang hak. Kemudian dicelah oleh Jurulatih kursus bertanya soalan bagaimanakah ia dapat menerangkan kegelapan sedangkan satu ketika ia akan habis dan padam. Maka dengan tiada rasa malunya aku pada waktu itu bangun lantas menyahut soalan tersebut dengan mengatakan bahawa itulah pengorbanan seorang guru yang sanggup menerangi manusia walaupun dengan mengorbankan kepentingan dirinya dan ketahuilah bahawa setiap sesuatu pasti kan hilang juga tapi jasanya tetap dikenang. Maka para peserta kursus seramai 250 orang ketika itu memberi tepukan gemuruh padaku.

Buat kawan-kawan seperjuanganku dan guru - guru yang telah mendidik diriku, kepadamu kucapkan " SELAMAT HARI GURU ".

No comments: