SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
Teringat bulan Ramadhan di SIS satu ketika dahulu. Puasa bersama solat tarawikh bersama dan sahur bersama semacam ingin kembali ke zaman itu akan betapa seronoknya bersama sahabat melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan. Ketika tarawikh apabila solawat dibaca oleh bilal masing=masing para jemaah menyahut solawatnya solallah wasalam alaih dan ada yang tak pandai menyebutnya hanya kedengaran pak salleh dibelakangnya. Waktu tiba je ustad Dollah jadi imam tarawikh, maka kelam kabut dibuatnye para jemaah sebab dipakai enjin 'rempit', maka tonggang tebaliklah para jemaah dengan gelak ketawa sesama sendiri. Ada pulak yang surender tak ikut besama dan ada yang solat sambil duduk dan ada juga yang tido di celah-celah pintu dewan.
Bila time sahur pulak ada yang qiamulail. Yang beribadah tu baguih la, tapi ada yang tak beribadah pi kacau adik junior ( lu bayang la sendiri ). Bila tiba je time nak makan sahur pi kejut kak dewan makan plak tu. Satu ayat yang biasa apabila tiba digrill dewan makan " kak bukak kak tak tahan ni". Tak senonoh betul ayat tu, tapi masa tu kebudak-budakan sikit pun tak ambik peluang penderaan sex ke atas wanita. Aku pulak dan bebarapa rakan lain kekadang keluar ke Taman Cempaka ( lompat pagar ) kononnya waktu selepas 12 malam nak study, tapi hampas buang masa je.
Lepas tarawikh je berebut le ke dewan makan more. Tapi yang aku tak lupe, aku, ikram, ajak tak sape lagi aku lupe pi more awal, kemudian jumpa cikgu dasuki, PANG kena full power tu, tahan gak muka aku sambil gelak ketawa melawak bersama sahabat-sahabat. Tu je yang aku ingat. Macamane pun bulan puasa semacam ada satu aura lain dari bulan-bulan yang lain. Semoga aku dan sahabat sekalian ditenukan lagi di bulan Ramadhan yang datang. AMIN
PEPERIKSAAN UPSR
PENAWAR SELSEMA BABI H1N1
Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1. Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar. Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua orang minum - rasa payau. Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 Di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum
Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.
Shahrom
PPSains Fizik - Ehsan Zamzuri Zakaria
Dr Anadufiza. Kita kena serius cegah bukan rawat. Antibodi badan mesti kuat. Mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan bawang putih, kurm, madu dan daun selasih serta makanan dan minuman yang beralkali sebanyak mungkin adalah antiobodi terbaik untuk mencegah penularan wabak ini. - Ehsan Norwati