Pages

PEWARIS PENDEKAR MASTUR



Gambar ni diambil selepas upacara 'mandi munyak' dan 'pijak bara api' Silat Seni Gayung Malaysia. Saper tak mandi minyak maka tidak teruji kegagahannya, Tengok sebelah kiri ' Pendekar Sendeng' hitam pekat betapa hitam likatnya minyak melekat ditubuhnya terserlah kegagahan dan kejantanannya. Sebelahnya 'Pendekar Lonjong' jangan diuji kekuatannya. Begitu juga dibelakangnya 'Pendekar Jerangkung' dan 'Pendekar Yob'.

Pijak bara api plak menguji minda dan kekebalan. Sape yang tak pijak dikira "pondan al auww". Satu demi satu pendekar-pendekar di atas memijak bara api tanpa merasa kesakitan yang menyatakan betapa kebalnya pendekar tesebut. Mula-mula Tok Guru dulu pijak, kemudian abang2 senior dari teknik, kemudian kakak senior teknik, kemudian 'Pendekar Takuro' sebab kaki dia besar. Lepas dah ramai pijak barulah aku 'Pendekar Mabuk' memijaknya sepantas kilat berulang kali. Fuh.. ternyata kebalnya aku dan kawan-kawanku.

Ramai lagi yang bergelar pendekar di situ seperti 'Pendekar Batu','Pendekar Mudin', Pendekar Karan', 'Pendekar Banjar' dan lain-lain lagi, LU GELAR LA SENDIRI.

No comments: