Pages

RINGGO X-SIS84


Cuba hangpa perati sape diri sebelah aku. Kenal tak? Ada yang kenal, ada yang tak kenal. Siapa mamat tu? Haaa itulah RINGGo gelaran dari x-sis84 dulu, Nama sebenarnya Rizal Bin Rauf. Antara batch kita yang otai dan kurang ajor ( sorry beb ). Ada lagi yang sifat yang sewaktu dengannya, nanti aku naikkan dekat poll yang akan datang.Siapakah yang akan menjadi calonnya, sama-samalah kita tunggu beb.

Kenapa orang panggil "ringgo"? Ha ni dia critenya.. Tengok gambar nih. Pasal masa tu rambut dia sebijik macam Ringgo Fotograf. Sama tak? Aku jumpa dia masa berkumpul di Wisma Belia KL. Aku ingat dia nak hantar kawan dia. Masa tu rambutnya panjang beb ( sebijik macam sebelah ). Jamal al Jalud perasan gak dia tanya aku. Tapi memang aku cam sangat mamat ni 'ringgo'. Bila nak naik flight posting ke Sarawak, rupanya ada mamat ni. Ustad rupanya dan satu bahagian dengan aku di Sarawak. Tapi malang baginya sebab dia betut - betut ulu banat berbanding aku. Tak caya tanya dia. Itu gambar kami berkumpul di bandar Sarikei. Moto tu aku lah yang punye. Dia numpang je sebab kat ulu banat mana boleh pakai motor, motor bot bolehlah. Aku ingat kita je yang panggil dia ringgo, rupanya sampai aku jumpa dia kat Sarawak pun gelaran tu dok ada.

Masa tu mana ada h/ set murah. Alih - alih lepas transfer ke semenanjung balik. Masing - masing bawa diri hilang entah ke mana. Ringgo kalau hang akses sini mailah join kita orang.


No comments: