Pages

SIAPAKAH PENGGANTI ASRI RABBANI



Siapa tak kenal Asri Rabbani? Beliau dan rakan-rakannya telah memperjuang lagu-lagu nasyid seterusnya berdakwah melalui lagu. Pemergiannya dalam usia yang masih muda kekadang tidak dapat diterima oleh kita. Begitulah lumrah dunia yang baik-baik awal pergi meninggalkan kita. Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah.

Teringat aku satu ketika, tahun kedua aku mengajar di Bukit Beruntung - macam ku kenal orang itu, tapi di mana ya? Rupanya memang Asri Rabbani menghantar anaknya ke sekolahku. 2 orang anaknya yang pertama dan kedua pernah ku ajar dan aku juga pernah dihadiahkan oleh anaknya yang pertama sehelai kain pelikat sempena Hari Guru. Aku meminati ayahnya, tetapi sebaliknya anaknya meminatiku.( Perasaan agaknya ). Siapakah pengganti Asri yang akan memimpin Rabbani dan ke manakah Rabbani tanpa Asri. Adakah kawan-kawanku di bawah ini boleh menggantikannya? Adakah silonjong.. atau singh... atau sulah ... atau cayadu. Undi anda diperlukan sila sms ke 0125896116


No comments: