Pages

AYAH DAN IBU



Cuti - cuti sekolah ni ambillah kesempatan menjenguk orang tua di kampung tu selagi mereka masih hidup. Jadilah anak yang berbakti kepada orang tuanya sama ada mereka masih hidup mahupun setelah meninggal dunia. Ada juga saham mereka di dalam kubur dan untuk akhirat nanti. Begitulah kita harapkan kepada anak - anak kita satu masa nanti agar mereka juga menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapanya.

Sesetengah di kalangan kita ada yang menghantar anak - anak ke kampung. Depa tu nak honeymoon lah tu dan secara tak langsung nyusahkan orang tua di kampung jaga dan tengok anak depa ni. Kalau baik tak pe gak. Ni had nakal tak reti bahasa. Anak sapelah tu. Sesetengahnye pula berpandangan baik bagi rasa anak suasana kampung, tolong tok dan nek. Kasi mesra ngan pak saudara, mak saudara, sepupu - sepupu agar esok tak segan dan bodoh sombong berlagak kaya, tak hormat orang tua dan tak kenal sedara mara. Apa pun semuanya bergantung pada niat masing - masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." ( S. Isra' 23 dan 24 )

No comments: