Pages

TINGGINYA KLCC



Inilah bangunan kebanggaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat Malaysia kagum dengannya, malah pelancong asing pun kagum dengannya. Ketinggian KLCC ni tidak mencerminnya tingginya imej dan budaya sestengah rakyat Malaysia. Kalau kita lihat di bawahnya rendahnya budaya kita apabila ada segolongan bebudak sekolah melepak dengan rambut punknya, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, merokok, bercouplean dan berpeleseran. Adakah ini yang dikatakan kemajuan?

"Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta."

-petikan dr http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Berkembar_Petronas


No comments: