Pages

KAU YANG TERISTIMEWA


Baru-baru ini aku jadi Hakim Majlis Tilawatul Quran Pend. Khas Peringkat Negeri Selangor di Shah Alam. Apa yang bestnya bebudak ni senang bergaul dengan kita dibandingkan pelajar normal. Bila bergaul dengan mereka ni barulah kita tau memang istimewanya mereka ni. Mungkin apabila mereka ni dikumpulkan dengan kawan-kawan sejenis yang sama seperti masalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan sebagainya, maka mereka diajar, dididik dan diajar akan kehidupan berdikari. Jika dibandingkan dengan orang normal kekadang difikirkan mereka ini lebih baik tetapi apa kan daya kerana kecacatan yang diperolehi, maka ianya disisihkan.

Aku tengok acara yang dipertandingkan, best gak tengok gelagat mereka ni seperti membuat khat, menulis jawi, azan dan nasyid. Yang pekak tu laju je tangannya berbahasa isyarat, yang bebal pulak banyak bercakap, kekadang tak tau kita apa yang dicakapkan, yang buta dibantu kawannya yang rabun. Yang buta dengan tilawah dan nyanyiannya, yang bebal dengan nyanyian, azan, cerita, tilawah, hafazan dan khatnya dan yang pekak dengan cerita dan tulisan jawinya. Menarik.

Kekawan, kalau dicadangkan kalau ada anak yang teristimewa hantarkan mereka di sekolah yang khas ini bagi menjamin masa depannya.

No comments: