Pages

CUTI SEKOLAH


Setiap kali tiba CUTI SEKOLAH ramai yang menarik nafas lega. Di kalangan pelajar ianya merupakan satu kerehatan dan ruang bagi melepaskan diri dari rutin pembelajaran yang adakalanya membosankan dan memberatkan. Bagi pelajar yang berada di asrama inilah masanya pulang ke kampung bertemu ibu bapa yang dikasihi serta sahabat lama. Bagi guru pula kesempatan cuti sekolah membolehkan merehatkan diri dari karenah anak murid yang pelbagai ragam, melepaskan tension, merehatkan minda, zoom Malaysia ( bercuti )dan berehat bersama keluarga. Bagi ibu bapa pula, anak yang besar boleh membantu di rumah, anak yang kecil dihantar ke kampung kononnya untuk bermesra dengan datuk nenek dan saudara mara (disebaliknya merdeka!!!).

Kali ni aku nak cerita masa aku di SIS dulu. Bila tiba cuti sekolah masa tulah semacam sedih je nak tinggalkan kawan - kawan yang semacam adik beradik je, tido sama, mandi sama, belajo sama, buat nakal sama, makan sama, ngepem sama dan macam - macam lagi. Ada yang naik bas, ada yang naik keretapi dan ada yang masih manja mak bapak dia mai ambik ( orang kaya la katakan ). Tapi aku yang miskin ni balik sendiri la ngan kawan - kawan naik bas atau keretapi. Ada yang balik utara, ada yang balik ke selatan, ada yang ke hulu dan ada yang ke barat. Medan Kit tu popular la bukan sahaja kami yang x-sis tapi juga semua pelajar yang berasrama di sekitar ipoh. Kat situlah ada yang main mata tapi tak dapat pun almaklumlah tak matang lagi. Kekadang aku balik ngan mat ruta, poi long, ikram, zamri adom, basit dan kekadang naik bas sis ke utara ngan semua geng utara ustad mat dan ustad saidin pun ada.

Sampai rumah je seronok ada boring pun ada. Yang seronok jumpa orang tua dan adik beradik. Anjang aku tak tau sebab dia tak dak adik beradik. Yang boring tu sebab kebrutalan di kampung terbatas almaklumla pelajar sekolah agama. Mata orang dok perati jee, nak buat salah sikit jadi umpatan dan memalukan mak bapak je. Baguih jugak yang akhirnya majoroti pelajar x-sis jadi orang berguna. Lepas tu tak sabar pulak nak balik asrama. Sampai ipoh je cari kawan - kawan. Ronda dulu. Ada yang window shoping. Ada yang sempat tengok wayang. Ada yang pergi jubli park dan ada yang pergi ke bentang makan dan dengar lagu mesin 20 sen.

sampai asrama je masing - masing cerita kisah di kampung. Riuh la satu dorm. Ada yang bawa ole - ole dari kampung. Anjang best sebab bawak mee goring. Mahdi pulak bawak ketam batu pakat kenduri la cara kawan - kawan aku tu. Ada yang kedekut pun ada. senyap - senyap makan dalam kelambu dan dalam tandas pun ada. kalau Mizi Piee tu sembur air liur dulu sapa pun tak lalu nak makan.

Camne pun nak cerita kat sini dok asrama ngan kawan - kawan lebih best dari dok kat rumah. Geng bila lagi kita nak syok macam ni..

No comments: