Pages

MAKAN


Hari ni aku nak cerita pasal makan. Makan ni keperluan asasi manusia untuk hidup. Bukan manusia je yang nak makan, tapi semua makhluk Allah yang hidup di bumi pun memerlukan makanan. Tapi orang Malaysia ni pelik sikit. Makanan mewah di merata-rata tempat, bak kata tak ada orang Malaysia mati kerana tak makan. Tapi AWAS! Pastikan makanan yang dimakan itu BERSIH dan HALAL. Jangan main belasah je kedai mamak tu. Siasat dulu beb dan bro. Ingat, makanan yang tak halal boleh jadi darah daging kita nak menjadikan kita terarah ke arah sifat keburukan.

Rollback cerita makan kat sekolah Izzuddin dulu. Tengok hari la. Kena hari tak sodap tak makan la. Pernah satu hari nak makan behon goreng dah jadi dawai. Kena hari yang sodap maka berlari dan berebut la kawan - kawan aku gi dewan makan tu. Masa tu Mizi Cheetah la champion sebab tu panggil dia cheetah. Macam Zam takuro tu pakai short cut kat padang pun lambat gak. Siapa cepat dapat ayam besar. Yang lambat plak tulang je la. Kekadang tak dak langsung tah toyol mana rembat tah. Kelakau betoi kalau dilihat pegi makan berlari-lari. Tak dak etika langsung. Pernah satu ketika aku ketawa terbahak-bahak sampai nak terkencing apabila daging ayam yang direbut melompat ke atas bahu anjang. Tak leh lupa aku. Elok je macam burung hinggap di atas dahan. Kah kah kah.

Maggi tu usah kata la. Laris macam pisang goreng. Hitter masa tu laku sampai baju poi kuda terbakar dek perbuatan khusaini jowo. Masak plak dalam baldi dok paki pegi jamban, pinggannya plak cebok. Pasai makan had geli tu tolak tepi. Setiap hari minggu je keluar makan kat benteng sebab makan hari tu shohih tak sedap. Kantin pula malam laku penuh sekali. Mee rebus mak cik kantin fuyooo, sampai banyak yang makan free ( tak bayar la tu ). Masya Allah jahilnya kita waktu tu.

Di Malaysia ni banyak yang mati kerana makan dan banyak penyakit sebab makan. Betullah syariat Islam suruh kita puasa yang antaranya mendatangkan kesihatan badan dan minda. Pandai - pandaila control makan tu jangan jadi macam..........

3 comments:

Anonymous said...

hari tu ana terjumpa makcik kantin...teringat anjang tak masuk kantin sejak dari form 1 sampai form 6...ana faham perasaan anjang.

zam altabligh

Anonymous said...

aku pun dah lupa pasal apa aku tak masuk kantin tu. engko ingat ke zam

Anonymous said...

ana tak ingat la...cuma enta anjang...bila nak beli sesuatu..mesti kirim kat budak form 1..masa kita form 6. agak2 nya...kalau lah bebudak tu..ludah ke...kita telan je la..hahahahaha sebab ana masa form 3..mizi sulah budak formk 5 suruh ana pegi kantin beli air..ana nludah dalam air dia.hahahaha padan muka mizi sulah

zam altabligh